Monday, September 28, 2009

Cupcake & kek hantaran tema gold & turqoise


Kek hantaran bertunang ini diorder oleh Ana dari Singapura. Masa 1st time Ana call aku ingat kawan aku saja main2 menyamar nk order kek. Ye la aku memang tak pernah menyangka akan terima order dari seberang tambak. hehehe. Since bulan puasa lagi Ana dah confirmkan order kek ni untuk majlis pertunangan dia yg akan berlangsung pada hari raya ke 7. Ana request kek buttercream dengan fondant flower & temanya warna gold. Since kek ni BC, aku cuma dapat buat bunga fondant menggunakan pewarna golden yellow & diletak gold dragees. Harap Ana berpuashati denga keknya.


Ana juga order CC turqoise color with tiny roses. Puas jugak la nak membuat roses ni. Makan masa juga la sebab Ana tak nak gumpaste flower yg dah siap jual tu. Dia kata dia nk semua bunga2 tu bole dimakan. So aku & my bibik sama2 buat roses ni. I think my bibik good at it. Ada bakat jadi baker dari Indon hehehe. Anyway, aku ingin mengucapkan Selamat Bertunang buat Afify & Ana. Semoga pertunangan kalian kekal ke jinjang pelamin.

Thursday, September 10, 2009

STOK KUIH RAYA DAH SAMPAI !!!!





Stok kuih raya dah sampai !!!! 2- 3 ari ni sibuk sikit mengagihkan kuih2 raya pada customer yg dah buat order awal2. Last minute masih ramai lagi yg nak order tp terpaksa aku menolaknya sebab kuih raya banyak yg dah tak de stok. Frust juga bila biskut temptation oreo cuma dapat 2 tray aje sedangkan order untuk kuih tu banyak. Nak buat camana tauke kuih pun dah tak larat nk membuatnya :( Minggu ni nak clearkan semua stok kuih ni suma sebab aku nk pindah rumah. Jadi bagi sesiapa yg order tu bole mula ambil kuih masing2. Next week ada lagi stok kuih yg akan sampai. Aku tak sangka pulak 1st time jual kuih pada kengkawan & mereka diluar sana melalui blog ni mendapat sambutan. Anyway, itu semua rezeki yg Allah dah tentukan. Syukur alhamdulillah.

Tuesday, September 8, 2009

Birthday Cake - AUNI


Atas permintaan my staff iaitu Auni, aku tak sampai ati nk menolak permintaannya untuk buatkan kek besday yg ke 19 tahun. Mujur dia tak kisah apa2 design atau flavor janji kek besday :). So aku buatkan kek span coklat layered dgn rich chocolate cream & steamed buttercream. Masa bagi kek ni kat dia aku siap nyanyikan lagu besday sekali hehehe. Majikan mesti kena jaga hati pekerja. Tambah pulak bulan posa ni. Bagi la pekerja happy sikit walaupun penat. Anyway, Selamat Hari Lahir Auni. Moga cepat dapat jodoh ya. InsyaAllah.

Thursday, September 3, 2009

Princess Cake

Haaaaaa...belek punye belek my digicam baru perasan tak upload pulak gambar ni. Kek ni untuk anak sedara aku yg montel si Atiqah masa besday dia bulan July yang lalu. Sponge kek dengan teknik steamed buttercream & diletak edible image.

Tuesday, September 1, 2009

CUPCAKE LIVERPOOL


CC ni order dari kawan sepejabat aku En Halim untuk birthday anaknya Mohd Amir yg ke 12 tahun. Mungkin ini last order CC dalam bulan Ramadhan ni. Untuk tempahan CC edible image aku rasa tak la susah sgt sebab tu aku amik juga order ni. Chocolate moist cupcake with buttercream. Sementara edible image tu aku order dengan Rahiza. Harap2 En Halim berpuashati dengan keknya. Selamat hari lahir untuk Mohd Amir. Moga jadi anak yg soleh ya. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails