Monday, November 30, 2009

Kek Hantaran Chocolate Fondant


Kek chocolate fondant ni pulak order dari kawan my biras, Lyn masa Hari Raya Haji yg lalu. Kek ni untuk hantaran bertunang dari pihak perempuan kepada pihak lelaki nun jauh ke Trengganu. Since kawan Lyn ni chocoholic, aku buatkan kek coklat lembab di dalamnya. Lyn kata, kawan dia terkejut tengok kek ni. Aku lagi la terkejut sebab takut jugak kalau kek tu tak selamat sampai ke tangan yg empunya badan. Rupanya kawan Lyn terkejut sebab bila tengok kek ni dia kata cannntikkk sangat..hehehe. Thanks for your complimentary. Aku rasa gembira bila customer pun gembira & puas hati. My cake decoration tak la sehebat mana compare to other bakers tapi aku akan cuba buatkan yg terbaik walaupun terpaksa berpeluh-peluh menguli fondant ;). To Lyn, thanks for promoting my business to your friends..

Happy Birthday Mak..


29 November yg lalu, birthday mak kesayangan aku. Tapi kitaorg sambut birthday mak lebih awal iaitu pada Hari Raya Haji sebab dah terlanjur anak beranak kumpul masa raya tu. Adik aku, Shikin kata nk order kek masa raya haji boleh tak? Aku kata no problem tapi untuk siapa? Rupanya untuk Mak. Oh! kalau untuk mak tak payahlah ko order dik..aku memang nk buatkan kek special untuk mak sponsored by me. ahaks! Anyway, Hepi Besday Mak. I LOVE YOU SO MUCH..YOU ARE A GREAT MOTHER FOREVER & EVER..Muahhhh :)

Tuesday, November 24, 2009

Kek Barbie Chocolate Fondant


Order dari Kak Lynn , Larkin Jaya untuk anaknya. Ekceli Kak Lynn order kek barbie fondant pink. Tapi setelah aku cadangkan pada kak Lynn untuk tukar kepada fondant chocolate sebab fondant chocolate lebih sedap & bau aromanya shj dah tentu kanak2 suka kak Lynn pun bertukar fikiran. Betul seperti yg aku jangka, aku terima SMS dari kak Lynn;
"Anna, Sofea suka sgt dgn kek tu sampai dia x nak potong kek tu. N then, choc fondant tu mmg sedap la. Macam toffee choc. Budak2 suka"
Thanks kak Lynn. Saya pun tumpang hepi bila bday girl hepi :)

Friday, November 20, 2009

Bahulu Gulung

Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan bahulu gulung inti jem nenas dari Kak Ena, Taman Kota Masai semalam. Kak Ena telah order bahulu gulung di atas sebanyak 32 biji. Tak pasti pulak untuk majlis apa sbb lupa nk tanya. Anyway, bahulu gulung ni kuih tradisional yg tetap menjadi pilihan untuk musim perayaan juga sesuai untuk dibuat makan-makan atau minum petang. Harap kak Ena puas hati dengan bahulu ni. Terima kasih ya kak tolong promosikan bahulu saya kat kawan2..... Lain kali boleh order lagi :)

Wednesday, November 11, 2009

Kek Hantaran Fondant Hijau

Lagi tempahan kek hantaran fondant. Kali ni order dari Hanim Taman Universiti. Jauh tu... Aku sebenarnya suka kalau deco kek fondant ni. Pada aku lebih mudah nk membentuk fondant ni compare dengan BC. huhuhu. Harap Hanim berpuas hati dengan keknya. Selamat bertunang & tahniah.

Monday, November 9, 2009

Tempahan Dibuka untuk Aidil Adha

Tempahan untuk hari raya Aidil Adha kini dibuka. Silalah buat tempahan awal. Harga sebagaimana berikut:

1. Tepung kek coklat lembab RM8/pek (top sales)

Cakes

1. Chocolate moist cake RM40 (1.3kg)
2. Carrot cake with cream cheese frosting RM65 (1kg)
3. Kek lapis masam manis RM45 (1.5kg)
4. Almond / walnut chocolate brownies RM45 /tray
5. Kek batik marie RM40 (1kg)
6. Marble chocolate cheese RM55 (1kg)

Cupcakes - minimum order 16 pcs

1. Buttercream deco RM 2.30(m), RM 2.00(s)
2. Royal icing deco RM 2.60(m), RM 2.30(s)
3. Buttercream and chocolates RM 2.40(m), RM 2.10(s)
4. Buttercream and gumpaste flower RM 3.00(m), RM 2.70(s)
5. Buttercream + fresh fruitt RM 3.50(m)
6. Royal icing and fondant RM 3.20(m), RM 3.00(s)
7. Fondant based and fondant decor RM 3.50(m), RM 3.30(s)
8. Fondant/royal icing and gumpaste flower RM 4.00(m), RM 3.80(s)
9. Buttercream and edible image RM3.50 (m)

Tartlets;

1. Cheese tart RM32 (50 pcs)
2. Egg tart RM30 (50 pcs)
3. Fruit tart RM42 (50 pcs)

Thursday, November 5, 2009

Princess Cake Pink

Ini order dari jiranku sempena hari lahir anaknya yg ke 11 tahun. Kak Siti kata dia tak kisah apa-apa design janji kek birthday maka aku pun tepek aje la edible image ni yg ada dalam stok aku. Thanks kak Siti. Moga anak akak suka dengan keknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails