Monday, May 31, 2010

My Lovely Princess

20 Mei ialah birthday anakku Nur Maisarah Suaidah. Mama siapkan birthday cake princess ni utk Yayah sambut harijadi Yayah di Sek Ren Tahfiz Irfan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang. Mulanya mama plan nk sambut dalam kelas Yayah aje tapi Mama terlewat sampai sbb hujan jadi terpaksa sambut di kantin dgn kawan2 Yayah dari kelas lain. Alhamdulilah mama ada bawa juga air kotak. Kek mungkin tak cukup tapi masing2 dapat juga kongsi berdua untuk sepotong kek. InsyaAllah lain kali mama buat cupcake aje jadi masing2 bole dapat sebiji cupcake. Apa2 pun mama happy bila tengok Yayah pun happy :)
Tiap2 tahun anak mama pasti celebrate birthday 2 kali. Untuk keluarga kita, selalunya kita sambut ikut bulan Islam. Untuk sambut birthday dengan kengkawan kat sekolah kita ikut bulan Masihi. Sebab pernah cikgu sekolah tanya "Eh! bukan ke birthday Maisarah bulan 5?" Yg paling afdal kita ikut sunnah Rasulullah. Tapi kalau ikut sunnah tak ada acara potong2 kek ni mahu pun tiup2 lilin. Mama cuma niat untuk jamu kawan2 Yayah. Itu aje...

Doa mama semoga Yayah jadi anak yg baik, rajin, solehah & hafizah. InsyaAllah

Amin...

Tuesday, May 25, 2010

Tempahan Katering Majlis Akikah

NASI JAGUNG
DALCA
KAMBING MASAK MASAM MANIS
AYAM MASAK MERAH

Terima kasih diucapkan kepada En Khairul dari Taman Flora Heights kerana memberikan kepercayaan pada ASB utk memberikan perkhidmatan katering sempena majlis akikah anak beliau yg lalu. Respond yg diterima dari En Khairul kesemua lauk pauk & nasi licin sekali walaupun beliau telah membuat tempahan ekstra..

P/s : Bagi sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan catering sekitar kawasan Pasir Gudang / Johor Bahru dan yang sewaktu dengannya untuk majlis perkahwinan, majlis bertunang, potong jambul, akikah, birthday, doa selamat dan sebagainya sila hubungi Pn Anna @ 0177406676 atau email ahliah.najib@gmail.com
Harga boleh dirunding. InsyaAllah.

Monday, May 24, 2010

Fast Sale - POP CAKE

Anna's Sweet Bakery akan mengadakan fast sale untuk popcake sebagaimana berikut;

Tarikh : 21/5/2010 - 25/5/2010
Harga : RM38 untuk 35 biji (Normal Price : RM45)
Self pickup - tiada penghantaran dibuat
Design yg sedia ada sahaja
4 sets available

Sesiapa yg berminat sila hubungi 017-7406676 atau email ahliah.najib@gmail.com

Thank you.

Wednesday, May 19, 2010

Happy Teachers Day

Harapnya belum terlewat utk aku mengucapkan selamat hari guru pada semua guru-guru yg banyak menyumbang bakti mendidik anak bangsa sendiri di Malaysia. Iza dari Taman Mawar tak terkecuali ingin memberikan penghargaan pada guru2 anaknya di Tadika Evershine. Thanks Iza. Harap berpuashati dgn kapkek tu.
Di sebalik tabir ... penghias kek cilik memainkan peranan. Hehehe..Anak aku yg banyak tolong wat cupcake ni sebenarnya. Diaorang memang suka deco CC pakai piping gel. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi??

POP CAKE AGAIN

35 pcs Pop Cakes - Thanks Mila.

Friday, May 14, 2010

Hepi Besday Arep

Order last minit datangnya dari Zila khas buat temannya di Taman Cendana iaitu Arep. Aku rasa kalau order last minit ni otak aku memang tak dapat berkretip dgn baik sekali. Aku ketandusan idea. Memang aku inginkan kelainan pada setiap kek yg aku deko tapi hanya ini yg aku mampu deko ketika itu. Harap Zila & Arep berpuashati. Thanks order dari akak ye..

Wednesday, May 12, 2010

Ice Cream Cake

Vanilla Sponge Cake + Ice Cream + Fresh Cream
Percubaan pertamaku membuat kek aiskrim sempena birthday anakku Sumaiyah yg lalu. Ala-ala kek Baskin Robib hokeh..sgt sedap & nyaman aje masuk ke dalam tekak ni. Gabungan kek span, aiskrim & coklat memang tak dapat dinafikan lagi kelazatannya. Tak percaya?? Meh la order dr ASB. InsyaAllah sedap & berbaloi-baloi..

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Order dari Nazmi khas untuk isterinya.
Yang ini pulak cupcakes khas untuk ibu mertuaku. Kek black forest ni pulak khas buat ibu kesayangan hamba.

Selesai sudah marathon dekorasi kek hujung minggu lepas..sekian laporan dari ASB untuk hari ini..heheheheh

Happy Mothers Day

Repeat order dari Ira Tmn Kota Masai. Kek coklat dgn ganache khas untuk ibunya sempena Hari Ibu. Sebenarnya Ira mintak kek coklat lembab tapi entah kenapa kek coklat lembab yg aku buat jadi bantat pulak..huhuhu...jadi aku gantikan dengan kek span coklat. Itu la...baker yg tak profesional ni ada masanya buat kek menjadi gebu & mulus tapi ada masanya jadi bantat pulak...hahaha....Apa-apa pun harap Ira puas hati. Thanks Ira..

Thursday, May 6, 2010

Muffin Gebus Gebus

Ini entry tertunda. Produk terbaru dari ASB. Saje aku try muffin vanilla ni. Gebu sesangat & lembut pulak tu. Rasanya pun sedap. Manis2 lemak gitu. Bagi sesape yg nk order muffin ni bole la start order ye. Murah-murah aje ni sbb nk promosi dulu. Atas muffin tu aku tabur choc chips & dried strawbery. Ada perasa vanila, strawberry, blueberry, pandan dll. Kalau nk letak filling pun bole. Pendek kata semuanya bole. Sesuai juga dijadikan doorgift. Nk order untuk HARI IBU pun bole....

Wednesday, May 5, 2010

POP CAKE

35 pcs popcake - Thanks Ira
55 pcs pop cake - Thanks Nida

Hope u all enjoy the popcake :))

Monday, May 3, 2010

Merah Hitam Cinta Hatiku

Tema : Red & Black
Cake : Choc Moist & Vanila

100 biji cupcake tema hitam & merah ditempah oleh Cempaka Vaniesha. Niesha order cc ni untuk diberikan pada kawan2 sepejabat niesha sempena niesha dapat bonus. murah rezeki niesha. tak lokek pulak tu nk belanja kawan2. Thanks ye niesha sudi order dr ASB. Thn depan dapat bonus bole la order lagi :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails