Tuesday, September 28, 2010

Birthday Cake for Darwis Aqil

Chocolate moist cake + buttercream
Weight ~ 2kg
Kek ni ditempah oleh regular customer iaitu Juliana. Ini kali ke-4 Ju order dari aku. Sebelum ni Ju order utk kek bday & kek kawen abg ipar dia. SMS dari Ju " Kak tq kek ramai yg ckp cantik. diaorg pelik cam ne letak gambo diaorg ingat ju tempah kat kedai cina..Mak mertua ju siap sembunyikan nak wat balik..."
Thanks ju for your feedback. Lain kali boleh order lagi ye :)

Wednesday, September 22, 2010

Popcakes

Untuk ibu mertuaku...
untuk rumahku..... yang ini untuk mak aku...
Yang ini untuk Kak Teh...

Popcakes yg dibuat sepenuhnya oleh anak dara aku iaitu Yayah & Ecah masa hari raya yg lepas :) Walaupun tak secantik mana tapi mama suka bila tgk anak mama ada bakat dalam baking & deco. Nampaknya mereka pun ada minat dalam baking & deco ni. Ecah kata dia nak kek 5 tingkat masa dia kawen nanti...hahaha...tergelak besar aku & bibik aku dengar..jauhnya angan2 anak mama :)

Monday, September 13, 2010

Iman Rifqi is 1

Choc Sponge Cake + buttercream
Weight : 2kg
Theme : Blue
Order dari Siti Hajar Kg Bendahara untuk birthday Iman Rifqi. Sangat comel Iman ni tau. Geram aku tgk muka cute dia tu... Masa Siti Hajar amik kek ni aku tak ada. So tak dapat la nk jumpa ibunya Iman ni. Apa2 pun aku ucapkan terima kasih pada Siti Hajar. Respon yg diterima Siti Hajar suka sangat dengan kek ni. Thanks ye Siti. Lain kali bole order lagi :)

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran Dari ASB

Salam Lebaran Maaf Zahir & Batin ikhlas daripada ASB untuk semua pelanggan yg dihargai. Semoga lebaran ini dapat disambut dengan meriah. Bagi yg balik kampung tu hati2 semasa memandu & semoga selamat dalam perjalanan.

Monday, September 6, 2010

Happy Birthday Amirah Nadia

Vanilla sponge cake + blueberry filling + buttercream
Weight : 2kg
Repeat order dari Pn Zaime (Dynac Tg. Langsat) lagi. Kali ni untuk bday girl dia yg ke 5 tahun. Zaime siap pesan "Harap sedap & cantik mcm hari tu.." hehehe. Aku pun harap kek ni lebih sedap dari kek hari tu sebab aku letak extra blueberry filling. Zaime nk 1kg aje tapi aku wat 2kg dgn harga yg sama. Yg lebih tu kira sedekah aje. Thanks ye Zaime :)

Wednesday, September 1, 2010

Photo Cake

Gambar ihsan dari adik aku. Kek ni ditempah oleh Zaime pada bulan lepas kot. Masa tu camera aku rosak so aku soh adik aku amik gmbr pakai camera dia. Dia dah email tapi aku aje yg lupa nk upload gambar ni sampai la Zaime repeat order lagi. Apa2 pun thanks ye Zaime :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails