Thursday, May 26, 2011

Happy Birthday Apr ~ May 2011

Kek ni sempena birthday ahli keluarga aku yg lahir pada bulan April & May termasuk la birthday aku sekali hehe..

Sumayyah jeling2 kat kek tu. tak sabar nk potong ke tak sabar nk makan?? Fatimah mewakili aku memotong kek.. comeyy... :)

Monday, May 16, 2011

Wedding cake theme pink

Fondant & royal icing belum kering betul masa aku snap gambar ni...

Tempahan dari Farhana ni dah lama dibuat. Sebulan sebelum majlis lagi dia dh booking. Lepas bayar deposit terus senyap. Lagi 2-3 hari nk majlis aku cek balik email ..alamak! tak de pulak Farhana bagi no telefon. Camana aku nk contact dia ye. Aku pun buat aje la spt yg dah dijanjikan. Sebelum tu mati2 aku ingat majlisnya hari Sabtu. Bila tgk calendar 15/5 hari Ahad rupanya. Aku buat kek ni sampai pukul 4 pagi. Maklum la tak ada bibik jadi buat sikit tinggal jap.. anak aku nk itu la nak ini la.. Hari yg sama juga aku ada buat birthday kek & muffin sebab ada celebrate birthday ahli keluarga yg lahir pada bulan April & May. Pukul 11pg aku hantar kek kawen ni ke Dewan di BBU. Rupa-rupanya mak pengantin kata Farhana dah risau kalau2 kek kawen tak ada. Dia kata dia kol aku banyak kali tak dapat. Apa2 pun semuanya dah selamat. Harap Farhana berpuas hati. Selamat pengantin baru & semoga kekal ke akhir hayat...

Thursday, May 5, 2011

Barbie doll cake

Order dari Zu, Taman Rinting. Special request nk guna telur ayam kampung. Ni ha telur ayam kampungnya.... takut telur tiruan ke Zu?? Zu kata dia tak makan telur ayam bandar hehehe...

jangan marah ye Zu akk gurau aje..
Hope Zu berpuas hati dengan kek ini. Thanks cz sudi order :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails