Tuesday, July 31, 2012

Tepung kek choc moist

Alhamdulillah, bila menjelang musim raya banyak tempahan yang diterima untuk tepung kek coklat lembap ni. Itu pon aku tak promosi sangat tapi 'loyal' customer mesti cari tepung kek ni. Mudah & insyaAllah jadi sebiji kek coklat lembap seberat 1.3kg dgn tepung kek baker's choice ini. Terima kasih atas tempahan :)

Liyana - 15 pack
Sakinah - 7 pack
Yati - 4 pack

Tempahan yg masih belum dibuat lagi;

Shiekin - 30 pack
Feeza - 20 pack
Ani - 5 pack

Sabar ye kawan-kawan. Last weekend memang nk buat tapi stok gula tak ada pulak. Weekend ni saya akan kerah dua bibik saya untuk tolong packing tepung kek ni hehehe ...  mudah sket kerja mak bila dah ada 2 bibik sekarang ... :D 

Okay ... bagi sesiapa yang nk order tepung kek ni sila order segera sebab 10 Ramadhan terakhir saya dah tak amik tempahan lagi ye ... Harap maklum. Tq :)

Tuesday, July 24, 2012

Kek hantaran



Choc moist cake 1.5kg (7" Love shape)

Rasanya ni tempahan ke 3 daripada Nisha. Maaf baru sempat update hari ni. Apa2 pon thanks to Nisha & harap adik nisha berpuas hati dengan kek hantaran ni yg bertemakan warna kuning :)

Sunday, July 22, 2012

Tempahan - Ayieda

Mini cuppies
Cheese marble choc brownie
Cupcakes :))

Tempahan dari adik Ayieda sempena hari kantin di Sek Ulu Tiram. Thanks to Husni coz tlg buatkan kesemua kek2 ni. Ayieda kata tak sampai sejam habis licin brownie cheese marble tu ..
Thanks ye dik ...

Tuesday, July 17, 2012

Happy besday MAK !

Mini cuppies utk ibu mertuaku sempena besday beliau pada 30/6 yg lalu. Happy birthday mak .... moga di dalam peliharaan & rahmat Allah sentiasa dan diberi kesihatan yg baik utk menjalani ibadah.

Thursday, July 12, 2012

Advance cupcakes class


Assalammualaikum semua..
Di atas permintaan & pertanyaan ramai di sini ASB ingin mengumumkan kelas cupcakes akan di adakan pada bulan Ramadhan ini sebagaimana ketetapan berikut;

 
Tarikh ; 29/7/2012 (Ahad)
Masa ; 9.30 pg ~ selesai (lebih kurang jam 2 ptg)
Tempat ; Tmn Scientex, Pasir Gudang (dekat Politeknik JB)


Modul : Membancuh & membakar cupcakes (choc moist), menghias cupcakes menggunakan buttercream, piping gel & fondant - Kelas 100% hands-on
yuran RM180 (semua bahan disediakan , sila bawa tuala kecil shj)
lokasi : Taman Scientex, Pasir Gudang
Deposit : RM100 for confirmation
minima peserta 2 orang, maksima 4 orang
Diakhir kelas anda akan membawa pulang 16 biji cupcakes yg anda hias.
Jom join kelas ini & sediakan cupcakes istimewa pada Hari Raya nanti :)
Untuk maklumat lanjut sila email ahliah.najib@gmail.com

Booked by;
1.  Suraya
2.                
3.                  

Sunday, July 8, 2012

Sekitar kelas advance CC 17/6/2012




Thanks pada kak zaiton, ain & husni cz sudi join my class pada 17/6/2012 yg lalu. Kelas berlangsung seperti yang dirancangkan dan kesemua student berjaya mendeco sendiri CC mereka. Husni memang berminat dlm bidang bakery ni dan aku pun dh stat sub order pada dia mana yang aku tak sempat. Macam ni senang sikit la sbb selalunya aku akan tolak order customer kalau aku rasa aku memang betul2 tak sempat. Bole visit blog Husni utk tempahan :) http://whywhyluv.blogspot.com

Monday, July 2, 2012

Minnie & Mickey Mouse Birthday Cake





Minnie & mickey mouse sugar figurine birthday cake
Theme purple & pink
Choc moist cake (2kg - 7") 
Ini adalah percubaan pertama aku membuat minnie & mickey mouse sugar figurine. Alhamdulillah aku berpuas hati dgn hasilnya wlp tidak la secantik figurine baker lain tp cukup utk membuatkan birthday girl sangat happy menyambut birthdaynya bersama kawan2 di McDonalds. Wlp mama lambat buatkan kek bday maya tp mama happy bila tgk anak mama pun happy :)
Happy birthday Nur Sumaiyah Syuhadah ... moga jadi anak yg solehah ye sayang ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails