Thursday, February 25, 2010

A special cake for a very lovely ABAH



Last week masa pergi rumah my MIL, abah ada mintak buatkan kek untuk dia. Abah kata abah teringin sangat nk makan kek. "Nanti abah bayar la.." kata abah. Tersentuh hati aku mendengar permintaan abah. Apa la nk berkira dengan bapa mertua sendirikan? Dah ada menantu yg boleh buat kek apa la salahnya menantu buatkan aje daripada beli kat kedai. Aku akan buatkan kek special untuk abah supaya abah happy. Dan inilah hasilnya. Fresh fruit cake dgn fresh cream. Kek yg dibuat dengan penuh kasih sayang untuk seorang insan yg baik seperti abah. Harap abah suka kek yg aku buatkan tu. Terima kasih abah .. :)

Monday, February 22, 2010

kek kukus

4 biji kek kukus buah order dari Kak Rohani Taman Rinting. Thanks Kak Rohani.

Thursday, February 18, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Suhaini






Setelah sekian lama menunggu akhirnya dapat juga gambar ni dari FB Ani. Gembira rasanya bila tengok si pengantin ceria & bahagia memotong kek hasil dekorasi tanganku.
Thanks Ani :)

Wednesday, February 17, 2010

Tempahan Minggu Lepas

Kek marble durian, pandan & stroberi
3 biji kek marble order dari Sarimah & 1 biji kek buah order dari MIL Pn Ayu Hussien. Ini aje order yg aku ambil minggu lepas sebab mereka nk hari Sabtu. Kalau nak hari Ahad aku terpaksa tolak sebab aku dah ada plan lain dgn family semasa cuti raye cina yg lalu. Mohon maaf pada Ida (kawan Amy) sebab terpaksa tolak tempahan kek kawen 3 tingkat sebanyak 2 set tu. Kalau ikutkan memang nk terima order tu tapi dah janji dgn anak2 nak g cuti2 malaysia. Harap Ida tak berkecil hati.

Tuesday, February 9, 2010

Photo Cake


Kek : Chocolate Sponge Cake
Frosting : Buttercream + Edible
Berat : 1.2kg
Order datangnya dari Jue Taman Pasir Putih untuk tunang abang iparnya (Azlan). Edible image order dari Rahiza. Alhamdulillah Rahiza tak outstation so dapatlah dia menyiapkan edible image ni walaupun aku order last minute.
SMS dari Azlan : "Sya bg kt kwn dia srh dtg keje cepat wat suprise..Dia terkjut trharu gak! Dia suke sgt2 sbb lain dr lain! Kwn2 dia pun ckp syg nk potong! Tapi sya gak x dpt jamah merasa ;-(
Tak dapat rasa tak apa Azlan..asalkan org tersayang bahagia. Mekasih order dgn akak ya :)

Friday, February 5, 2010

Akikah untuk Nur Fatimah Azzahra

Kambing masak masam manis special
Ayam masak rendang tradisi mak..
Sayur kobis masak lemak kampung
Ulam-ulaman awet muda .. :)

Gambar2 ni sebenarnya dah basi. Lupa pulak nk masukkan dalam blog ni. Ini menu yang aku masak semasa majlis akikah Fatimah & birthday Addin tempohari. Aku tak sangka la kesemua lauk pauk yg dimasak bersama hidangan nasi putih laku sekali pada hari tersebut sehinggakan ada tetamu yg terpaksa menunggu nasi masak sekali lagi..... Walhal aku dah buat budget untuk 100 org makan dgn 12kg beras. Habis majlis aku buat kira-kira lebih kurang 80++ tetamu yang hadir daripada 120 org yg dijemput. Maka kesimpulan aku kebanyakan tetamu makan bertambah pada hari tersebut. Apa2 pun syukur majlis berjalan lancar & baki makanan yg tinggal sedikit shj.

P/s : Bagi sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan catering sekitar kawasan Pasir Gudang / Johor Bahru dan yang sewaktu dengannya untuk majlis perkahwinan, majlis bertunang, potong jambul, akikah, birthday, doa selamat dan sebagainya sila hubungi Pn Anna @ 0177406676 atau email ahliah.najib@gmail.com

Wednesday, February 3, 2010

Birthday Cake for Akmal


Pn Ayu telah order kek Thomas & friends di atas untuk Birthday anaknya Akmal. Puas aku mencari edible image thomas & friends yg ready made tapi tak dapat..lastly terpaksa la aku melukis sebagai alternatif sebab Akmal nak kek Thomas & Friends jugak. Ayu wat birthday party kat McD Seri Alam. Nampak meriah sungguh birthday partu tu tapi sayangnya aku tak dapat hadir sebab aku kena prepare untuk next day my 1st baking class. Maaf ya ayu..harap Ayu puas hati dengan kek tu dan jangan serik order dgn saya ya....thanks.

Monday, February 1, 2010

My First Baking Class

Ana sedang tekun melukis Dora
Ruby..ish nampak tangan aje ke?

Lid .. ibu hamil yg excited melukis Dora jugak :)
Hasil kek birthday yg telah siap

Posing dengan kek masing-masing...Caya la...

Alhamdulillah pada 31/1/2010 yg lalu kelas pertama dekorasi kek telah berjaya di adakan di Anna's Kitchen. Kesemua pelajar bermula dari Zero tentang bagaimana mendekorasi kek birthday dgn cartoon artwork. Dgn modul yg mudah kesemua pelajar ini dapat melukis gambar kartun di atas kek dengan begitu cantik sekali. Lihatlah sendiri hasil mereka itu. Bayangkan ini kali pertama mereka melukis ... kalau 10x tentunya lebih cantik lagi...Deco cake adalah skill yg perlu di asah. Praktice makes perfect. Thanks to Lid, Ruby & Ana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails