Friday, February 5, 2010

Akikah untuk Nur Fatimah Azzahra

Kambing masak masam manis special
Ayam masak rendang tradisi mak..
Sayur kobis masak lemak kampung
Ulam-ulaman awet muda .. :)

Gambar2 ni sebenarnya dah basi. Lupa pulak nk masukkan dalam blog ni. Ini menu yang aku masak semasa majlis akikah Fatimah & birthday Addin tempohari. Aku tak sangka la kesemua lauk pauk yg dimasak bersama hidangan nasi putih laku sekali pada hari tersebut sehinggakan ada tetamu yg terpaksa menunggu nasi masak sekali lagi..... Walhal aku dah buat budget untuk 100 org makan dgn 12kg beras. Habis majlis aku buat kira-kira lebih kurang 80++ tetamu yang hadir daripada 120 org yg dijemput. Maka kesimpulan aku kebanyakan tetamu makan bertambah pada hari tersebut. Apa2 pun syukur majlis berjalan lancar & baki makanan yg tinggal sedikit shj.

P/s : Bagi sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan catering sekitar kawasan Pasir Gudang / Johor Bahru dan yang sewaktu dengannya untuk majlis perkahwinan, majlis bertunang, potong jambul, akikah, birthday, doa selamat dan sebagainya sila hubungi Pn Anna @ 0177406676 atau email ahliah.najib@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails