Tuesday, March 30, 2010

Testimonial - Fazean

Semalam aku terima email dari Fazean beserta gambar di hari perkahwinannya tempohari untuk upacara memotong kek.

Assalammualaikum, Kak ini saya attachedkan gambar buat kenangan. Tima kasih kerana menjadikan majlis perkahwinan saya lebih menarik dengan kek cantik yang akak buat.

~Yan ~

Thanks Yan kerana sudi berkongsi gambar perkahwinanmu. Moga rumahtangga yg dibina kekal ke akhir hayat. Amin..

Monday, March 29, 2010

Kelas Cupcakes 1/2010

Alhamdulillah syukur pada Allah pada 28.3.2010 kelas cupcakes pertamaku telah berjaya diadakan di Anna's Kitchen. Seramai 4 org telah hadir pada kelas advance cupcake ini iaitu Aechon seorang guru, Akina & June masing2 surirumah & Syuhaidah yang masih lagi belajar di tingkatan 5. Kesemua mereka telah berkobar-kobar menyiapkan cupcake masing2 daripada buttercream, piping gel & juga fondant. Selesai kelas masing2 membawa balik hasil dekorasi kek mereka. Kepada semua terima kasih diucapkan kerana sudi datang belajar :) Gembira rasanya bila dapat berkongsi ilmu dgn kalian. Moga ilmu yg bermanfaat ini dapat diperpanjangkan sebagai amal jariah kita nanti. InsyaAllah.



Bagi sesiapa yg berminat untuk menghadiri kelas advance cupcake sila email ahliah.najib@gmail.com

Friday, March 26, 2010

Tepung Kek Coklat Lembap Segera

Tengok tu..berderet-deret tepung kek sedang menanti utk dibungkus. Siapkan order sebanyak 200 bungkus oleh kak Ogy utk dibawa ke eskpo IKS. Dengan tepung kek ini membuat chocolate moist cake menjadi lebih mudah. Tak percaya??? Cuba la......... Keterangan lanjut klik di sini

Menghasilkan 42 biji cupcakes size M (2.5 oz)

Menghasilkan 1.3kg kek coklat lembab (8"X8")

Jika anda ingin mendapatkan tepung kek coklat lembab ini sila hubungi saya ahliah.najib@gmail.com atau pun 017-7406676 atau hubungi pengedar berdekatan anda;

Kulai, Johor ~ Julyha 014-2744212

Pasir Gudang, Johor ~ Sharifahati 016-7432409

Taman Setia Indah, Johor ~ Izat 013-3883125

Shah Alam ~ Adah Ahmad 019-7522108

Melaka ~ Feeza 012-7480968

Jika anda berminat untuk menjadi pengedar bagi lain-lain kawasan juga amat dialu-alukan. Sokonglah produk keluaran Muslim :)

Thursday, March 25, 2010

Pop Cake


Popcake di tempah oleh Haniza. Untuk makan-makan aje katanya. Almaklum orang tgh mengandung tekak tu teringin nak makan macam-macam..To Haniza thanks for your order. Moga selamat bersalin ya..

Wednesday, March 24, 2010

Fresh fruit cake


Order dari Kak Nina, Bandar Seri Alam untuk birthday suaminya. Thanks akak..

Tuesday, March 23, 2010

Mix Edible Image Cupcakes



Tempahan daripada jiran my biras Lyn yg bekerja di RHB Bank. Lupa pulak nk tanya sapa namanya. 32 pcs cupcakes with mix edible image. Thanks Lyn for promote my little biz :)

Monday, March 22, 2010

Tempahan Catering

Nasi Beriani
Kambing Beriani
Ayam Masak Merah
Pencuk / Acar Timun
Dalca Sayur

Tempahan katering oleh En Haris Taman Sierra Perdana untuk majlis akikah anaknya. Thanks En Haris.

p/s : Untuk tempahan katering sekitar Pasir Gudang / Johor Bahru, sila hubungi ahliah.najib@gmail.com. Harga berpatutan. Berbaloi-baloi.. :)

Friday, March 19, 2010

Nani & Nizam Part 2



Cake : Choc Moist Cake
Frosting : Buttercream
Theme & design : Green Colour & Basketweave Design
Weight : 1.5kg
Would like to place your order? Please contact ahliah.najib@gmail.com

Thursday, March 18, 2010

Nizam & Nani Part 1


Cake : Chocolate moist cake
Frosting : Fondant with marble effect
Weight : 1.5kg
Oder dari En Haris, Taman Sierra Perdana untuk majlis pertunangan sepupu isteri beliau. Selamat bertunang Nani & Nizam :) To En Haris...Thanks you..

Wednesday, March 17, 2010

Gubahan Hantaran Sireh Junjung


Gubahan Sireh Junjung untuk hantaran perkahwinan kawan kepada adik aku iaitu Elly. Semoga bahagia & kekal ke akhir hayat :)
p/s: Bagi sesiapa yg ingin menempah gubahan hantaran sireh junjung kawasan Pasir Gudang / Johor Bahru bolehlah hubungi saya atau email ahliah.najib@gmail.com

Tuesday, March 16, 2010

Cupcakes Ira


Cupcake tempahan daripada IRA Taman Kota Masai sempena hari lahirnya. Ira request design yg sama spt yg pernah aku buat sebelum ni. Bila tgk2 stok gumpaste tak cukup 25 kuntum to yg aku gantikan dengan chocolate. Masa Ira amik cuppies ni siap peluk aku lagi sambil puji "Cantiknya kak cupcakes ni.." Thanks Ira. Moga puas hati ya :)
SMS dari Ira : Salam..akak tima kasih ye watkan cc aritu..Dpt juga brbagi rezki ngan kwn2..Suma kwn sms suka cc 2.. Cantik n sedap..IRA KOTA MASAI

Monday, March 15, 2010

3 Tiers Fondant Wedding Cake - Purple & White



3 tiers fondant wedding cake with purple theme colour ordered by Fazean from Tmn Air Biru.
16 pcs cupcakes (M size) with purple gumpaste flower
10" choc pound cake (2.5kg)
8" choc butter cake (1.8kg)
SMS dr Fazean "Salam, suma org puji kek tu. Sya & keluarga ucapkan tima kasih"

Friday, March 12, 2010

2nd attempt of making homemade chocolate :)

Comei tak choc bear ni? Last weekend angin rajinku datang so aku pun try la wat choc bear ni utk anak2. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Kali ni aku guna choc milk compound jenama Serbourne. Rasanya choc ini lebih mudah mencair berbanding jenama Beryl's. Adah kata choc Beryl's tu from Indon jadi ianya kurang kualiti. iye ke??? Wallahualam. Berat choc bear ni 14g-18g tanpa filling. nyam nyam..

Yang bentuk daun tu aku pakai silicone mold. Mahal tau mold tu...tp berbaloi sebab choc dpt dikeluarkan dengan lebih mudah :) Camana rupa mold tu lupa lak aku nk amik gmbr. huhuhu

Alamak ! Choc bear ni berpeluh lak. Ni 6 biji khas utk my biras Lyn anak beranak. Depa suma memang suka makan choc. Nanti mak ngah free (rajin) mak ngah wat lg ek..

Tengok tu Fatimah..betul2 menikmati chocolate ..hahaha


Tuesday, March 9, 2010

Chocolate Moist Cake Again!


Semenjak akhir2 ni asyik terima tempahan CMC aje utk birthday cake. Ni pulak tempahan untuk "BEBEY" dari Aziewati. Beliau mintak siap deliver sekali. Kalau deliver kawasan Pasir Gudang no problem tapi hanya selepas waktu pejabat shj. Thanks Aziewati.

Monday, March 8, 2010

Happy Birthday Feeza


Happy Birthday Feeza..Semoga ceria selalu & dirahmati Allah. Feeza sambut birthday yg ke 19 tahun. Masih muda remaja lagi tu..
alahai anak aku si Fatimah tu sibuk gak nk enteprem amik gambo sekali. Fatimah memang manja dgn ummi feeza dia ni. Feeza pulak memang jenis penyayang pada budak2..tu yg budak2 suka :)

Chocolate Moist Cake

CMC order dari Yanie , Tmn Scientex. Katanya utk makan2 aje. Thanks Yanie..

Wednesday, March 3, 2010

Photo Cake Barney


Chocolate Moist Cake with chocolate ganache
Size : 9" x 9"
Weight : 2 kg
Order dari Diana jiran lamaku untuk birthday Yasmin. Edible image order dari Loveliana Cakes. Selalu order dengan Rahiza tapi printer Rahiza rosak so terpaksa order jauh nun di KL. Alhamdulillah Diana tak berkira yg penting anak tersayang gembira. Aku kalau orang nk order kek with edible image ni aku risau sikit nk bgtau harga sebab kosnya agak mahal. Kalau ada budget lebih no hal.
SMS dari Diana : "Salam..k.ana thanks ek buatkan kek tu..sedap..tak manis sgt..ibu birthday girl yg makan byk.."

Monday, March 1, 2010

Chocolate Moist Cake


Chocolate Moist Cake with chocolate ganache
Size : 11" X 11"
Weight : 2.5kg
Order dari Shikin of Pan Century Edible Oil, Pasir Gudang untuk majlis ulangtahun kelahiran staf2 di kilang beliau. Shikin tak cerewet orangnya. Dia cuma nak double the size & deco terpulang pada aku yg simple2 aje dgn just tulis Happy Birthday. Harap Shikin berpuas hati dengan CMC tu. Thanks Shikin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails