Friday, April 30, 2010

Sponge Bob Birthday Cake

Malam tadi lepas maghrib cepat2 hntar kek ni yg ditempah oleh Miza Taman Pasir Putih. Lepas hantar kek terus pergi rumah my MIL. Sejak hubby balik lum sempat lagi nk ke rumah MIL.
On the way tu tetiba dapat SMS. Oh! Dari Miza rupanya..
"Kak Anna. Cntiklh kek tu. Sy x expect pun design camtu. Nice. Mesti sedap. Thanks kak Anna"
Alahai Miza..anak akak kata sponge bob tu tak jadi. tak cantik. tapi kalau Miza kata cantik ok la tu..hehehe..janji customer puas hati. Anyway thanks ye miza. Lain kali bole order kek carrot pulak :)

Thursday, April 29, 2010

Happy Birthday My Princess

Sponge chocolate cake + edible image
Frosting : Buttercream with fondant alphabet cuts
Weight : 1.3 kg
Order dari Jasmin kawan kepada my biras Lyn untuk birthday puterinya. Hope you like the cake & thanks for order. Lyn kata anak Min suka kek tu & tak nak potong. Min kata sedap & x cukup pulak. Haa.. tu la lain kali order besar sikit ok :)

Wednesday, April 28, 2010

Carrot Cake

Carrot Cake
Frosting : Cream Cheese
Weight : 1.5kg
Repeat order from Diana. Kali ni Diana request carrot cake untuk birthday anaknya yang pertama ATEEQULLAH.
SMS dari Diana "Salam..thanks k.ana..sdp sgt carrot cake mcm kek secret recipe..next time boleh order lg.."
Thanks to you too Diana :)

Friday, April 23, 2010

Fresh Fruit Cake

Cake : Vanilla Sponge Cake
Filling : Fresh cream + dried strawberry + big chocolate flake
Weight : 1.5kg

Order dari Revati my hubby ex-colleague. Reva kata untuk makan2 aje. Dah beberapa kali Reva order kek dari aku. So far feedback dr Reva kesemuanya memuaskan hati dia. Harap kali ni pun puas hati ye. Thanks Revati.

Tuesday, April 20, 2010

Pop Cake ke KL..

Pop cake yg di order oleh Cik XXXX (nama terpaksa dirahsiakan) untuk diberikan kepada bakal MIL cik adik ni iaitu Datin XXXX (sekali lagi terpaksa dirahsiakan) atas sbb Cik X malu kalau tak jadi kawen dgn anak Datuk ni. InsyaAllah dik..kuat jodoh tahun 2014 berlangsung ya..hehehe... Feedback yg diterima Datin sekeluarga suka popcake ni. Siap tanya lagi kedai aku kat mana? Hmmm..lum ada kedai lagi Datin...homebase aje. Moga satu hari nanti dapat buka kedai bakery. InsyaAllah..

Monday, April 19, 2010

Ekspresi Wajah Sepanjang Perkahwinan Kita

Cupcakes : Chocolate Moist Cake
Topping : Buttercream
Decoration : Chocolate Fondant

Order mengejut dari Siti Nurhaliza eh silap.....Siti Haliza Aini sempena anniversary & birthday suami beliau. Kak Siti mintak cc sama design seperti yg pernah aku buat sebelum ni. Katanya dia nk aku ekspresikan wajah2 sepanjang 13 tahun perkahwinan beliau melalui cc tersebut.
Thanks Kak Siti ye..lain kali boleh order lagi tapi jgn last minit tau!

Thursday, April 15, 2010

Barbie Doll Cake

Doll Cake : Choc Moist Cake & Choc Sponge Cake
Frosting : Buttercream
Weight : 5kg

Doll Cake ditempah oleh Nida from HotSpot Cafe di Taman Molek untuk customernya yang menyambut hari lahir anak mereka di cafe Nida. Sesiapa yg nak makan steak halal boleh la ke cafe Nida yg terletak di belakang Bangkok Bank kalau tak silap. Chefnya ialah orang tempatan & dijamin halal :)

SMS dari Nida "Alhamdulillah, every1 loves it & esp Kaylyn's mom was very pleased, thanx anna". Thanks to you too Nida.. :)

Bagi anda yang berminat untuk order Doll Cake seperti ini sila hubungi Anna @ 0177406676 atau email ahliah.najib@gmail.com

Monday, April 12, 2010

Happy Anniversary Halim & Aza..

Cake : Chocolate Moist Cake + Choc Ganache + Gumpaste Flower
Weight : 1.5kg (8")
Kek Birthday + Anniversary ni khas dari En Halim untuk isteri tercinta. Nak design simple aje asalkan kek coklat. Sama pulak anniversary kita ek. Tapi masa anniversary I abang I tak ada U...So I celebrate anniversary I dengan anak-anak I aje. huhuhu. Anyway thanks ye Halim. Moga perkahwinan dibina kekal ke akhir hayat.

Kelas Cupcakes 2/2010





Kelas cupcakes yg kedua diadakan pada 11/4/2010 yg lalu telah dihadiri oleh Ira, Ain, Fiz & adiknya As. Pada awalnya kelas ni agak riuh & kecoh seperti semuanya dah kenal lama. Tapi yg aku pelik bila time mendeco masing2 sunyi sepi. FOKUS betul masing2 mendeco cupcakes hehehe. Apa2 pun akak ucapkan terima kasih pada semua kerana dtg menimba ilmu dgn akak. Lepas ni practice jgn tak practice tau.. Selesai kelas masing2 membawa balik 16 biji cupcakes yg telah siap deco dgn buttercream. piping gel & fondant. Mereka juga mendapat percuma 1 pek tepung kek coklat Bakers' Choice.
Bagi sesiapa yg berminat untuk menghadiri kelas baking & deco calling2 la aku atau email untuk maklumat lanjut.

Friday, April 9, 2010

My First Fondant Cake


Hari ni aku nk tunjuk kek fondant yg pertama kali aku buat. Kek ni ialah dummy cake. Aku just gunakan styrofoam. Fondantnya aku uli sendiri menggunakan resepi Kak Min. Kali pertama membuatnya aku dah jatuh cinta pada dekorasi kek menggunakan fondant. Bila dah siap lepa fondant ni aku cari2 bunga tak de. Apa lagi...pakai je la bunga hiasan kat umah aku yg ada tu. Eh! kena pulak warna oren tu dgn fondant putih. Nampak sweet aje pada mata aku la...Pada aku lebih mudah mendeco kek menggunakan fondant berbanding buttercream. Cuma alatan untuk deco fondant ni agak mahal. Sekali aku rembat barang2 utk deco kek fondant kopak jugak la poket aku ni. Tapi minat punye pasal pejam mata aje la masa nk bayar tu. Hehehe. Tapi berbaloi la sebab barang2 tu suma bukan untuk sekali guna. Asalkan cermat memakainya dan di simpan elok2 insyaAllah boleh tahan lama :)

Wednesday, April 7, 2010

American Double Chocolate Cake With Ganache

Cake : American Double Chocolate
Topping : Chocolate Ganache
Weight : 1.5kg
Order dari Pn Suhaila untuk harijadi suaminya. Lupa nk snap gambar lepas tulis happy birthday atas kek. Anyway thanks Pn Suhaila. Lain kali bole order lagi ya :)

Tuesday, April 6, 2010

Pop Cake Lagi..

Pop Cake di order oleh Amilia untuk makan-makan. Thanks Amy for your order. Hope baby dalam perut tu suka makan pop cake ni. Hehehe..

Monday, April 5, 2010

Marble Butter Cake

Marble butter cake
Weight : 1.2kg
Thanks Norina! Hope you enjoy the cake :)

Friday, April 2, 2010

Chocolate Moist Cake

Tempahan dari teman sepejabat En Rahman & En Nazmi.
Nazmi - "Puan, sedap la CMC tu. Anak-anak suka. Macam ni tiap2 minggu kena order ni"
Thanks for your order. Nanti order lagi ek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails