Friday, April 9, 2010

My First Fondant Cake


Hari ni aku nk tunjuk kek fondant yg pertama kali aku buat. Kek ni ialah dummy cake. Aku just gunakan styrofoam. Fondantnya aku uli sendiri menggunakan resepi Kak Min. Kali pertama membuatnya aku dah jatuh cinta pada dekorasi kek menggunakan fondant. Bila dah siap lepa fondant ni aku cari2 bunga tak de. Apa lagi...pakai je la bunga hiasan kat umah aku yg ada tu. Eh! kena pulak warna oren tu dgn fondant putih. Nampak sweet aje pada mata aku la...Pada aku lebih mudah mendeco kek menggunakan fondant berbanding buttercream. Cuma alatan untuk deco fondant ni agak mahal. Sekali aku rembat barang2 utk deco kek fondant kopak jugak la poket aku ni. Tapi minat punye pasal pejam mata aje la masa nk bayar tu. Hehehe. Tapi berbaloi la sebab barang2 tu suma bukan untuk sekali guna. Asalkan cermat memakainya dan di simpan elok2 insyaAllah boleh tahan lama :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails