Assalammualaikum..
Pada 18/7/2010 yg lalu aku telah pun dijemput oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang untuk mengadakan kelas variasi cupcake. Mulanya agak terkejut kerana diberi peluang untuk mengajar di KKPG sebab aku rasa dengan ilmu yg sedikit ini rasanya macam tak mampu nk mengendalikan kelas yg mempunyai ramai peserta. Namun setelah di pujuk2 oleh Pn Zariyani KKPG, dan setelah berbincang dgn hubby aku telah bersetuju dgn tawaran tersebut dengan niat ingin berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yg ada dlm bakeri ini. Alhamdulillah kelas berjalan dgn lancar wlp ada sedikit kesilapan teknik..hehehe.. Jumlah peserta pada hari tersebut seramai 26 org. Kelas bermula jam 10pg dan berakhir pada jam 2 ptg.
Semoga ilmu yg dikongsi bersama dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih pada Pn Zariyani kerana memberi kepercayaan pd saya mengendalikan kelas ini :)
No comments:
Post a Comment