Thursday, December 17, 2009

Tempahan Catering

Salam, Sabtu lepas aku ada ambil tempahan catering untuk majlis potong jambul anak kawan aku iaitu Sarimah di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang . Masak untuk 300 orang jemputan. Ini la menunya...


PACERI NENAS



DAGING MASAK KURMA

AYAM MASAK MERAH


Nasinya pulak nasi jagung tapi aku lupa nak ambil gambar. Almaklum sibuk sangat masa tu mengejar masa. Makanan kena deliver before 1 ptg tapi aku sedikit terlewat. Sampai rumah Sarimah kul 1.15ptg. Alhamdulillah belum ada tetamu yg dtg cuma saudara mara terdekat aje. Lagi pun majlisnya mula jam 2.00 petang. Pada hari yg sama juga aku ada tempahan birthday cake untuk anak sedara Lynn. Fuhhh..lepak habis ari tu . Malamnya pulak aku ada undangan birthday party anak murid aku. Memang penat giler. Balik je dr birthday party terus pengsan. hehehe.

P/s : Bagi sesiapa yg berminat untuk membuat tempahan catering sekitar kawasan Pasir Gudang dan yang sewaktu dengannya untuk majlis perkahwinan, majlis bertunang, potong jambul, birthday, doa selamat dan sebagainya sila hubungi Anna @ 0177406676 atau email ahliah.najib@gmail.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails