Cakes & cupcakes, Pasir Gudang. We are selling various of yummylicious wedding cakes, birthday cakes & cupcakes. Should you like to order cakes for any occasion please do contact me at ahliah.najib@gmail.com
Tuesday, June 29, 2010
Monday, June 28, 2010
Thursday, June 24, 2010
Homemade Muffin
Muffin pelbaga jenis ni Ira juga yg order. Semuanya 100 pcs. Aku buat 4 jenis muffin iaitu coconut pandan, stroberi, chocolate chip & vanila raisin. Ira kata muffin ni pun untuk majlis perkahwinan sepupu dia. Ira kata comelnya muffin ni semua. hehehe.Wednesday, June 23, 2010
Anna Sweet Bakery is 1
Kek hantaran pertama yg aku buat :P
Kali pertama mendapat kepercayaan dari Ayu yg tak pernah aku kenali untuk membuat kek kahwin fondant 3 tingkat..
Dengan izin Allah jua aku berjaya menghasilkan tepung kek coklat lembab keluaran ASB yg sangat mendapat sambutan terutama pada Hari Raya..Alhamdulillah..
Akhirnya dapat juga aku berkongsi sedikit ilmu yg ada serta pengalaman aku melalui baking class yg aku adakan
Ku panjatkan syukur pada Allah yg telah membukakan pintu rezeki untukku. Semoga ASB akan terus sukses di masa akan datang dlm biz bakery ini yg menyahut seruan "HALALAN TOYYIBAN". InsyaAllah.
Tuesday, June 22, 2010
Stacked Wedding Cake

Wedding Cake Purple Theme
Frosting : Fondant
Fruit Cake & Chocolate Pound Cake
Weight : 5kg
Repeat order lagi dari Ira Taman Kota Masai. Kali ni Ira order kek kahwen untuk sponsor majlis perkahwinan sepupu dia. Ira request design macam ni. Wow! aku amat berbesar hati nk mencuba buat kek ni sbb belum pernah lagi buat stacked wedding cake. Lepas subuh aku start baking. Tunggu kek sejuk. Lepas Zuhur baru start cover cake dgn fondant dan deco. Kerja2 mendeco selesai lebih kurang jam 6 ptg. Banyak benda baru yg dapat aku belajar tatkala mendeco kek ni. Ira kata pengantin senyum sampai ke telinga dapat kek ni. Alhamdulillah kek selamat sampai ke Tenggaroh, Mersing.
Thanks Ira memberi kepercayaan pada akak.
Thanks Nor sbb tolong Mak Na deco kek ni :)
Monday, June 21, 2010
Happy Fathers Day
Friday, June 18, 2010
CMC & Coconut Pandan Muffin
Kek coklat lembap -yg paling top kat ASB..heheThursday, June 17, 2010
Thursday, June 10, 2010
We are HAPPY FAMILY
Chocolate sponge cake with real chocolate filling Tuesday, June 8, 2010
Monday, June 7, 2010
Simple but elegant
Tempahan dari Noly , Tmn Impian Emas untuk majlis pertunangan beliau. Senang berurusan dengan Noly. Dia cuma email sample gambar kek yg dia nak. Aku tak ikut sebiji mcm gmbar yg dia bagi. Aku ada ubah sikit2. Feedback dari Noly katanya kek ni cantik sangat walaupun simple. Warna yg aku adun pada fondant tu juga sesuai sgt dengan warna tema majlis pertunangan dia. Apa2 pun thanks Noly ye atas feedback tu.
Thursday, June 3, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Pengumuman2..ibuk2...bapak2....
Tuesday, June 1, 2010
Unique Floral Decorating Class - Chef Andy Tan
Di dalam kesibukan di hambat waktu yg seperti tidak pernah mengizinkan akhirnya dapat juga aku mengikuti kelas Unique Floral Decorating Class bersama Chef Andy Tan pada 28/5-29/5 yg lalu. Kembara ilmu ini menambahkan lagi pengetahuan dan ilmu aku di dalam bidang yg menjadi minatku ini. Sekian lama berguru dgn Chef Tan See Fong yg hanya aku kenali melalui buku beliau akhirnya dapat juga aku berguru dgn Chef Andy Tan iaitu adik kepada Chef TSF. Lebih drpd 10 jenis bunga yg dapat aku pelajari di samping tip2 lain yg amat berguna sekali. Di kelas ini juga aku berpeluang bertemu dgn baker2 lain yg mempunyai minat yg sama. Terima kasih Allah atas kefahaman yg Engkau berikan sepanjang aku mengikuti kursus ini. 











