Wednesday, June 23, 2010

Anna Sweet Bakery is 1

Salam semua...
Hampir aku terlupa yg ASB menginjak 1 tahun bulan June ini. Diam tak diam dah setahun ASB berada di alam maya memenuhi tempahan pelbagai kek untuk pelanggan sekitar Pasir Gudang juga Johor Bahru. Mengimbau kembali bagaimana menceburi bidang ini sebenarnya semenjak dari zaman sekolah lagi aku mmg suka buat kek daripada memasak. Saat konvokesyen masa belajar di POLISAS dulu aku la yg jadi peneraju membakar kek chiffon untuk jualan amal. Alhamdulillah masa tu lecturer2 pun puji sedap kek yang kami buat.
Lepas habis study aku sibuk bekerja. Kemudian aku berkahwin. Dunia bakery terus aku lupakan apatah lagi bila dh sibuk dengan anak2 & tanggungjawab rumahtangga. Namun sesekali ada juga aku buat kek utk family. Pencetus inspirasi untuk aku memulakan biz bakery ni bila hubby bawa cistat aku ke opis dia. Kawan2 opis dia puji kata sedap & nk beli. Tapi aku still tak berminat nk jual hinggalah hubby kata cuba la buat business bakery ni as my 2nd business. Mana la tahu kalau ada rezeki menjadi... Kata-kata semangat dan sokongan hubby menjadikan aku bersemangat. Setiap hari aku menjelajah dari blog ke blog meneliti hasil dekorasi kek blogger2. Itu menjadikan aku berkobar2 untuk mendalami ilmu bakery ini.

Aku mengambil keputusan untuk mengambil kelas Wilton Course 1. Ini sebagai asas untuk aku menceburi bidang ini. Banyak yg dapat aku pelajari dari Cikgu Norizan. Kesemua ilmu itu dapat aku aplikasikan dalam setiap kek yg aku deco. Thank you cikgu... :)

Selain itu satu demi satu kelas baking & deco yg aku ikuti. Kesemuanya untuk memantapkan lagi ilmu di dada. Berguru dengan chef2 yg hebat dapat menambah skil y ada ada untuk diasah sepenuhnya. Disamping itu aku juga membeli pelbagai buku untuk rujukan aku.

Kek hantaran pertama yg aku buat :P

Kali pertama mendapat kepercayaan dari Ayu yg tak pernah aku kenali untuk membuat kek kahwin fondant 3 tingkat.. Dengan izin Allah jua aku berjaya menghasilkan tepung kek coklat lembab keluaran ASB yg sangat mendapat sambutan terutama pada Hari Raya..Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga aku berkongsi sedikit ilmu yg ada serta pengalaman aku melalui baking class yg aku adakanKu panjatkan syukur pada Allah yg telah membukakan pintu rezeki untukku. Semoga ASB akan terus sukses di masa akan datang dlm biz bakery ini yg menyahut seruan "HALALAN TOYYIBAN". InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails