Tuesday, September 1, 2009

CUPCAKE LIVERPOOL


CC ni order dari kawan sepejabat aku En Halim untuk birthday anaknya Mohd Amir yg ke 12 tahun. Mungkin ini last order CC dalam bulan Ramadhan ni. Untuk tempahan CC edible image aku rasa tak la susah sgt sebab tu aku amik juga order ni. Chocolate moist cupcake with buttercream. Sementara edible image tu aku order dengan Rahiza. Harap2 En Halim berpuashati dengan keknya. Selamat hari lahir untuk Mohd Amir. Moga jadi anak yg soleh ya. InsyaAllah.

Sunday, August 30, 2009

3D TAXI CAKE




Repeat order dari Amy untuk kek birthday tunangnya. Aku senang sekali terima order ni dalam pada kesibukan aku di hujung minggu lepas sebab teringin menguji diri sendiri sejauh mana skill aku dalam mendeco cake. Lepas subuh aku terus deco cake taxi ni dan kerana aku ni bukanlah profesional baker maka kek ni siap pada jam 11.30 pagi. Aku memang tak percaya kalau aku boleh boleh buat 3D cake ni sebab aku tau tgn aku ni bukanlah seni sangat pon. Tapi bak kata kak nina aka my online sifu, skill boleh diasah. Yang penting minat. ( I think my wilton course very useful when I deco this cake as I can apply the technique here :)
Amy suprise sekali bila tengok kek ni & senyum aje (suka la tu kot?). Katanya ada simbolik cinta mereka di sebalik cake taxi yang diminta.

Friday, August 28, 2009

Pengumuman

Salam semua,
Nk wat annoucement sikit ni..segala tempahan untuk hari raya seperti kuih raya, hamper raya, kek & tepung kek, tarikh akhir saya terima order ialah 10 September 2009 jam 12.00 thari (lawak sikit...hehehe). Order selepas itu masih boleh diterima jika stok available. Oleh itu, sila buat tempahan awal. Order terpaksa ditutup awal sebab selepas tarikh tu saya akan sibuk membuat persiapan raya untuk saya sendiri. :). Bagi tempahan cupcakes, order ditutup untuk sementara sehingga seminggu lepas raya. Harap maklum.

Wednesday, August 26, 2009

Midnight Baking Class

Cupcakes ni midnight baking project malam tadi. Hahaha. Adik aku yg masih single tu tetiba pulak nk belajar wat kek. Sebabnya dia nak tolong promosi tepung kek aku tu kat cikgu2 sekolah dia. So dia kena la tau camana nak guna tepung tu b4 dia wat promosi. Bagus..bagus..satu initiative tu. Before buat marketing product kita kena tau ttg product tu sendiri baru la senang kita nk promosi. Betul tak? Adik aku ni memang tak pandai buat kek. Tapi dgn adanya TEPUNG KEK BAKERS' CHOICE ni adik aku kata senang & sedap! Alhamdulillah tercapailah matlamat aku utk menghasilkan tepung kek coklat lembab yang ternyata amat mudah digunakan walaupun anda tak pernah membuat kek sebelum ni. Bagi customer2 yang dah cuba harap dapat bagi feedback hasil kek anda. Jika ada kekurangan insyaAllah saya akan cuba perbaikinya lagi.

Tuesday, August 25, 2009

HAMPER HARI RAYA





Salam semua....ish..sibuk banget sampai terlupa produk aku yg satu ni iaitu HAMPER HARI RAYA. Semalam regular customer aku call baru teringat tak upload lagi gambar hamper hari raya. hmmmm..sejak bila pulak Cik Anna ni pandai buat hamper?? hehehe. sebenarnya sejak dua tahun lepas tapi customer aku terhad pada badan2 korporat & disebabkan tuntutan masa aku tak ambil banyak order untuk hamper hari raya. Takut aku tak terbuat kecuali ada sesiapa nak jadi assistant aku? hehehe.
Ok lah, tak payah cakap banyak korang mesti nak tahu berapa harga untuk hamper hari raya ni kan? Harga dari RM80 - 150. Bergantung pada jenis kuih yang dipilih juga bakul yang digunakan. Gambar2 di atas contoh hamper hari raya yg aku jual. Kesemua bakul akan dibungkus dengan plastik hamper. Tapi maaf ya aku tak ada buat delivery. Semua hamper kena ambil sendiri. Kalau nk deliver jugak, aku akan gunakan perkhidmatan teksi & cajnya akan ditanggung oleh pembeli. So, bagi sesiapa yang ingin order hamper ni calling2 la aku @ 017-7406676 atau email ke ahliah.najib@gmail.com.

Monday, August 24, 2009

Order minggu lepas

Repeat order dari Kak Teh untuk birthday Azhad Iman yang ke-2. Cupcakes dengan edible image spiderman. Ajad suka dengan cupcakes ni. Dia excited sangat bila tengok gambar2 spiderman. Biasa la kan budak2 memang macam tu. Anyway, thanks kak order lagi kek dengan Anna. Tqvm for your support :)

=============================================

TEPUNG KEK BAKERS' CHOICE


Julyha - 9 pek
izat syah - 10 pek
Azlina (Desa Jaya) - 5 pek (reserved)
Lidya - 1 pek
Hazlin - 1 pek (reserved)

Bagi sesiapa yang ingin mencuba tepung kek ni sila buat tempahan awal. Bukan apa, sekarang ni susah nk dapat gula jadi production bergantung kepada stok gula ya :). Dan harga promosi sah sehingga 5 September 2009. Harap maklum.

Bagi yg call anna dan tanya kalau pakai tepung ni keknya jadi camana? Ok ni anna upload gambar kek chocolate moist guna tepung kek bakers' choice ni..
Size loyang yang digunakan ialah 8".
Jika gunakan tepung ni, menghasilkan 25 biji cupcakes size M.

hmmmm...nyum...nyum...terasa coklatnya...hehehe..

Friday, August 21, 2009

Tempahan Kuih Raya Kini Dibuka!

GAJUS TURKISH - RM23
<> 50 pcs

SUJI BRUNEI - RM20

<> 50 pcs JEJARI BADAM - RM26


BELINJA FLAKES - RM20
<> 50 pcs (Top sales)

STRAWBERRY CHOC BAR - RM28
<> 70 pcs

SPA Q - RM28
<> 70 pcs

PECAN CHOCOLATE - RM28
<> 70 pcs

TAT GULUNG NENAS - RM28
<> 64 pcs (Top sales)

TIRAMISU - RM28
<> 50 pcs
TAT BLUEBERRY GULUNG - RM28
<> 47 pcs (Top sales)

TEMPTATION OREO - RM28
<> 70 pcs (Top sales)

ZIG ZAG COOKIES - RM23
<> 50 pcs
MEGALOCH - RM25
<> 50 pcs

CENDAWAN - RM23
<> 53 pcs (Top Sales)



ALMOND SIZZLING - RM23

<> 50 pcs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails